Mungkin Kita Kata Kita Sabar Dan Redha, Tetapi…


Mungkin Kita Kata Kita Sabar Dan Redha, Tetapi…

Oleh : Nurtaufiq

 

Sabar dan redha mudah diucap, tetapi sukar untuk dilaksanakan.

Menzahirkan sabar dan redha tidaklah semudah memetik ranting kering.

Mungkin kita kata bahawa kita sabar dan redha, tetapi…
Sebaliknya kita sering merungut kesusahan, kepayahan hidup, kesedihan dan sebagainya.

Mungkin kita kata bahawa kita sabar dan redha, tetapi…
Kita mula meninggalkan perkara yang baik yang telah menjadi kebiasaan yang dahulunya kita suka lakukan.
Tiada bergaul mesra, bergurau senda dengan keluarga, sahabat dan sebagainya.
Seolah – olah kebahagiaan dunia hilang punah semuanya.

Mungkin kita kata kita sabar dan redha, tetapi…
Kita mula menjauhkan diri, rasa terpencil dan rendah diri.
Kita sering menyepikan .
Kita mula memikirkan untuk melakukan sesuatu perkara yang tidak baik, yang kita jangka, perkara itu dapat menghilangkan kesedihan dan kesusahan kita.
Mungkin kita kata kita sabar dan redha, tetapi…
Kualiti ibadah kita tidak meningkat.
Malah semakin pudar dengan bayang – bayang kesedihan atau kesusahan kita.
Tiada lagi bait- bait doa memanjatkan kesyukuran kita kepada Allah.

Mungkin kita kata kita sabar dan redha, tetapi…
Jiwa kita kacau, tidak tenteram.
Ke hulu ke hilir memikirkan kesusahan dan kesedihan.
Mengadu kepada manusia tetapi terlupa untuk mengadu kepada Illahi.

Jagalah Iman Kita Ketika diuji.

Berhati – hatilah kita apabila berhadapan dengan ujian, bimbang terikut – ikut virus munafik.
Firman Allah Taala :-

Masa itu ialah masa tentera musuh datang melanggar kamu dari sebelah hulu dan dari sebelah hilir (tempat pertahanan) kamu dan masa itu ialah masa pemandangan
mata kamu tidak berketentuan arah (kerana gempar dan bingung) serta hati pun resah gelisah (kerana cemas takut) dan kamu masing-masing pula menyangka
terhadap Allah dengan berbagai-bagai sangkaan.(10)

Pada saat itulah diuji orang-orang yang beriman dan digoncangkan perasaan dan pendiriannya dengan goncangan yang amat dahsyat.(11)

Dan lagi masa itu ialah masa orang-orang munafik dan orang-orang yang tidak sihat dan tidak kuat iman dalam hatinya berkata: Allah dan RasulNya tidak
menjanjikan kepada kita melainkan perkara yang memperdayakan sahaja.(12)

(Surah Al Ahzab : 10 – 12)

Justeru itu, saudara – saudaraku
Bersabar dan redhalah dengan sebenar-benarnya.
Ikhlas di dalam menghadapinya
InsyaAllah, mebuah ketenangan pada akhirnya.

Tujuh (7) Perkara Yang Mesti Dilaksanakan


Tujuh (7) Perkara Yang Mesti Dilaksanakan

Oleh : Nurtaufiq

Diolah daripada laman web : Islam Itu Indah

  • Solat Tahajjud kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.
  • Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari.  Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman
  • Solat Berjemaah Di Masjid. Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
  • Melaksanakan solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.
  • Bersedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.
  • Sentiasa berwudhu‘ terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.
  • Sentiasa istighfar. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Semoga kita diberi kekuatan untuk melaksanakan Sunnah Rasulullah S.a.w tercinta.

InsyaAllah.

Appreciation/credit to : Islam Itu Indah 

Happy Eid Ul Fitri


 

It may be not too late to wish Happy Eid ul Fitri to all Muslim worldwide.

If you’re in peaceful country, where you can celebrate and practices Islam taught peacefully,

you’re definitely a lucky person.

Otherwise who is not, you’re also lucky to have a chance to live as a Muslim.

Islam is a great gift! Alhamdulillah…

Wherever you are…

What race you are…

Please remember that ;

Islam always unite us.

Al Quran & Al Hadis is our guide,

Doa is our weapon,

Patience is our strength.

On the authority of Abu Hurairah R.a it is related that the Prophet Muhammad S.a.w said,

Do not envy one another; do not inflate prices one to another; do not hate one another; do not turn away from one another; and do not undercut one another, but be you, O servants of Allah, brothers. A Muslim is the brother of a Muslim: he neither oppresses him nor does he fail him, he neither lies to him nor does he hold him in contempt. Piety is right here and He pointed to his chest (heart) three times. It is evil enough for a man to hold his brother Muslim in contempt. The whole of a Muslim for another Muslim is inviolable
his blood, his property, and his honour.

(Muslim)

Happy Eid ul Fitri.
May Allah Blessing you today & always!

Mencari Kebahagiaan


(Tuhan yang membuka jalan kemenangan itu) Dialah (Allah) yang menurunkan semangat tenang tenteram ke dalam hati orang-orang yang beriman (semasa mereka meradang terhadap angkara musuh), supaya mereka bertambah iman dan yakin berserta dengan iman dan keyakinan mereka yang sedia ada pada hal Allah menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka) dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

(Surah Al-Fath : 4)

Bacalah & Tadabbur Al Quran Untuk Memperoleh Kebahagiaan

Terlalu lama tidak menghiasi blog daif ini daripada coretan yang boleh memperingatkan diri ini dan para pembaca.

Sama ada dengan sedar atau tidak, masa tetap berlalu pergi.

Meninggalkan corak – corak benang  kehidupan bahagia, sengsara, gembira dan duka.

Kesengsaraan akan hilang apabila datangnya kebahagiaan. Begitulah sebaliknya.

Lantas, cuba kita bertanya ke dalam jiwa kita…

Kebahagiaan yang bagaimanakah yang tidak akan pupus sekalipun ribut kesengsaraan tiba-tiba menyusul?

Kebahagiaan yang bagaimanakah yang tidak tergoyah sekalipun dilanda getaran ujian yang hampir sahaja membinasakan diri?

Jawapannya ada di dalam sabda junjungan Rasulullah S.a.w :

Sungguh menakjubkan urusan seorang mukmin. Seluruh urusannya bernilai baik. Jika mendapat kebaikan dia bersyukur, dan itu baik untuknya. Dan jika tertimpa keburukan dia bersabar, dan itu baik untuknya.

(HR. Muslim)

Berdoalah Untuk Bahagia!

Maka,

bersyukurlah atas nikmat yang dikurniakan kepadamu, nescaya kesyukuran itu akan membahagiakanmu.

bersabarlah atas apa yang menimpamu nescaya kesabaran itu akan membahagiakanmu.

Dengan izin Allah, kebahagiaan dunia yang kamu cari, kebahagiaan akhirat yang akan kamu temui.

Wallahu’alam

Sumber Gambar :

Flickr.com

Musibah Menyemai Keimanan


Dan sesungguhnya akan kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa (pengikut) dan buah-buahan (biji-bijian). Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. Yaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan ‘Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepadanyalah kami akan kembali’. Meraka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.

(Al Baqarah : 155-157 )

 

 

Abdikan kepada Allah

Ujian kehidupan adalah satu yang pasti ketika kita menongkah arus kehidupan. Itu lumrah sebagai khalifah Allah dimuka bumi. Sesuai dengan sifat manusia yang memang mudah lupa. Maka ujian musibah diturunkan oleh Allah taala sebagai peringatan kepada hambanya.

 

Sabar adalah akhlak yang amat dituntut didalam ajaran agama Islam. Ianya mendapat tempat di dalam kalamullah, iaitu Al Quran. Islam menitikberatkan sifat sabar kerana beranggapan setiap yang perkara yang baik mahupun berupa musibah merupakan ujian daripada Allah SWT.  Islam juga mendidik umatnya menerima ketentuan ianya termasuk dalam rukun Iman iaitu, beriman kepada qada’ dan qadar.

Rasulullah S.A.W bersabda :

Dan jika sesuatu kesusahan mengenaimu janganlah engkau berkata :

Jika aku telah berbuat begini dan begitu, begini dan begitulah jadinya.

Melainkan hendaklah kamu katakan :

Allah telah mentakdirkan dan apa yang Dia suka, ia perbuat!

Kerana sesungguhnya perkataan :

Andaikata… Itu memberi peluang kepada syaitan.

(Riwayat Muslim)

 

Allah swt menguji hambanya, bukan untuk menzalimi, tetapi sebaliknya, sebagai tarbiah kepada hambanya. Ianya hanya untuk kebaikan terutamanya orang beriman yang sabar ketika diuji.

Rasulullah, di dalam sabdaanya :

Demi Allah yang jiwaku di tangan-Nya! Tidaklah Allah memutuskan sesuatu ketentuan bagi seseorang mukmin melainkan mengandungi kebaikan baginya. Dan tiadalah kebaikan itu kecuali bagi mukmin. Jika ia memperoleh kegembiraan dia bersyukur, bererti kebaikan baginya dan jika ia ditimpa kesusahan, dia bersabar bererti kebaikan baginya.

(Riwayat Muslim)

Memang mudah menyatakan sabar, tapi bagaimana keimanan kita bila ditimpa musibah?

Wallahu’alam