Category Archives: Wanita
Hijrah : Mencoret Tragedi & Peristiwa.
Hijrah : Mencoret Tragedi & Peristiwa.
Oleh : nurtaufiq
Marwa El Sherbini
Marwa El Sherbini. Ada cerita di sebalik nama insan ini. Seorang ahli Fizik yang merantau ke Jerman bersama suaminya, Elwi Al Kaz. Namanya tidak pernah disebut di dalam kitab-kitab sarjana Islam silam. Beliau tidak dikenali sebelum ini. Kisah Marwa yang membayar maruah dengan nyawa persis kisah Mashitah ketika dizalimi lantaran mempertahankan aqidahnya. Marwa dan Mashitah adalah dua personaliti contoh yang datang pada era yang berbeza. Mashitah, seorang penyikat rambut anak Firaun yang sanggup dihumban ke dalam kawah yang bergelakgak panas kerana mempertahankan keimanan kepada Allah. Kita bawa kisah Mashitah bersama – sama kisah Marwa.
Antara Maruah Dan Nyawa
8 Rejab 1430 Hijri berlalu membawa kisah Marwa. Beliau ditikam secara bertubi-tubi diruang mahkamah kota Dresdan, Jerman, ketika memberi keterangan mengenai dirinya diganggu oleh pemuda Jerman yang bernama Alex W. Alex kerap memanggil Marwa dan keluarganya sebagai pengganas oleh sebab pemakaian jilbabnya. Bukan sahaja gangguan melalui kata-kata, Alex W juga pernah menyerang Marwa dan cuba mencabut jilbab yang dipakai oleh Marwa. Marwa yang terasa diganggu membuat tindakan undang-undang terhadap Alex. Tanggal 8 Rejab 1430 Hijrah, gugurlah Marwa di pekarangan mahkamah Dresdan. Lebih memilukan lagi, suami beliau, Elwi yang cuba membantu beliau, ditembak oleh pegawai penguasa dikaki. Pihak mahkamah mengatakan dengan mudahnya, kesilapan ketika tembakan dilakukan. SubhanaAllah.
Kejadian ini berlaku di dalam tahun 1430 hijrah (1 Julai 2009). Kisahnya terlalu dekat dihati kita, meskipun sedikit sekali media massa menyebut kisah syahidnya Marwa ketika mempertahankan maruahnya sebagai Muslimah. Disaat negara kita, pemimpin-pemimpin wanita sibuk menyuarakan kesamarataan gender. Sedangkan nilai-nilai Islam khususnya jatidiri seorang muslimah kerap dilupakan. Marwa dan Mashitah mempertahankan keimanan mereka kepada Allah, masih adakah lagi muslimah seperti Marwa di zaman penghujung dunia ini? Ayuh Muslimah, berhijrahlah!
Padang : Ibarat Kiamat kecil.
Apabila kami kehendaki akan membinasakan suatu negeri, (lebih dahulu) kami perintahkan orang yang hidup mewah (supaya taat kepada Allah), tetapi mereka fasik (derhaka), sebab itu, berhaklah mereka ditimpa seksaan, lalu kami binasakan negeri mereka sebinasa binasanya.
10 Syawal 1430 Hijrah, Jam 17:16.
7.9 skala richter. Skala kemusnahan sebahagian Kota Padang. Ibarat kiamat kecil, begitulah yang dirasakan oleh sebahagian masyarakat Padang. Penduduknya dihuni oleh majoriti kaum Minangkabau. Sahabat saya yang berkerja sebagai buruh yang juga telah mendapat taraf warganegara disini mengatakan, sudah kerap gempa berlaku di Padang. Katanya, selepas kejadian gempa baru – baru ini berlaku, rumah kakaknya retak habis. Mujurlah tiada apa-apa yang berlaku dikalangan ahli keluarganya yang masih menetap di sana. Masyarakat Padang dimaklumkan sudah jauh terpesong dengan pengamalan sirik, menelek nasib, perjudian dan aktiviti pelacuran. Dia memaklumkan bahawa, kejadian gempa kali ini lebih teruk berbanding yang pernah berlaku sebelum ini.
Tiga buah kampung yang hilang ditelan bumi bersama penghuni-penghuninya. Bukanlah nak tunding jari bahawa semua masyarakat di kota Padang terpesong daripada budaya Islam. Di Malaysia juga begitu, tetapi ianya sebagai amaran buat kita di Malaysia yang masih belum ditunjukkan oleh Allah kejadian seperti itu disini. Rasulullah pernah bersabda, antara maksud lainnya ialah, tidak kira, orang baik atau orang yang tidak, bala Allah tetap diputuskan berlaku sekiranya golongan yang membelakangi Islam lebih banyak daripada orang baik disuatu kawasan itu.
Kejadian itu berlaku di dalam tahun 1430 Hijrah. Bersebelahan pula di negara kita. Tatkala di negara kita berlakunya gejala murtad, zina, pembuangan anak, nabi palsu, hiburan melampau, syirik dan perjudian berlelualasa. Pelbagai dosa membelenggu umat Islam di Malaysia. Tidakkah kita takut? Atau biarkan sahaja kejadian itu tanpa melakukan transformasi rohani? Ayuh muslimin dan muslimat, berhijrahlah!
Hayatilah : Pesanan Terakhir Rasulullah
Hayatilah : Pesanan Terakhir Rasulullah
Oleh : nurtaufiq
Gambar : Flickr.com
Pemimpin profesional. Begitulah sifat besar yang merangkumi akhlak dan kepimpinan Rasulullah S.a.w. Seorang yang amat kita cintai. Seorang pemimpin yang disanjungi, meskipun baginda tidak mengingini sebarang sanjungan. Seluruh hidup baginda hanya untuk membawa transformasi daripada dunia penuh dengan kegelapan kepada cahaya yang terang benderangnya melangkaui batasan kehidupan dunia. Di akhir hayat Rasulullah, baginda telah menyampaikan amanat terakhir. Ketika itu Rasulullah mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijrah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin. Diantara isi dari khutbah terakhir Rasulullah itu ialah :
Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan Read the rest of this entry
Berjabat Tangan Dengan Mahram : Yang Boleh & Yang Tidak Boleh
Secara ringkasnya, hukum yang berkaitan dengan tajuk di atas untuk tatapan bersama.
Hadis Yang berkaitan dengan berjabat tangan.
Dari al-Barraa’ bin Azib r.a., katanya telah sabda Rasulullah s.a.w.:
“Tidaklah dua orang Islam bertemu lalu saling bersalaman/berjabat tangan, melainkan diampuni dosa keduanya sebelum mereka berpisah.”
(HR Abu Daud, al-Tarmizi & Ibnu Majah)
Rasulullah s.a.w. bersabda:
Abu Qatadah berkata, aku bertanya kepada Anas r.a.: ”Apakah para sahabat Rasulullah s.a.w. dahulu saling berjabat tangan” Dia menjawab: “Ya.”
(HR Bukhari)
Anjuran berjabat dan mencium tangan
Yang Boleh (dianjurkan)
Mencium tangan berkaitan dengan agama
- Islam menganjurkan agar mencium tangan orang yang kemuliaannya disebabkan oleh perkara yang bersangkut paut dengan agama. Seperti seorang yang zuhud, alim/ulamak, salih, warak dan sebagainya. Ini termasuklah kedua ibubapa kita yang muslim. Read the rest of this entry
Wasiat Buat Bakal Isteri
Oleh: Ustaz Zahazan Mohamed
Di susun semula oleh: Mohd Taufik
Ana telah memetik penuh artikel ilmiah ini daripada blog Ustaz Zahazan dan ana hanya memudahkan isinya untuk para pembaca mendapat lebih kefahaman. Mudah – mudahan ianya bermanfaat. InsyaAllah.
Firman Allah s.w.t dalam surah al-Rum ayat ke 21 maksudnya :
“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.” (S. Al – Rum: 21)
Menerusi ayat ini kita dapat melihat bahawa antara tanda kesempurnaan kejadian manusia ialah penciptaan teman hidup yang akan meneruskan kesinambungan kehidupan manusia di bumi.
Ayat yang menjurus kepada pembuktian tanda-tanda kekuasaanNya ini menghuraikan satu bentuk dari berbagai bentuk anugerahNya yang seringkali diabaikan.
Para ahli tafsir menitikberatkan permasalahan yang berkaitan dengan Islam dan hukum, namun suatu perkara yang perlu ditangani ialah memahami mesej ayat dalam rangka realiti atau lebih tepat lagi kaedah menguruskan konflik rumahtangga yang sering dialami oleh pasangan-pasangan yang berkahwin.Mengapakah masalah ini timbul sedangkan mafhum ayat mengkehendaki dnegan perkahwinan adanya keserasian dan kedamaian.
Antara wasiat orang bijaksana yang dicatatkan oleh al-Jahidz dalam kitabnya al-Bayan wa al-Tabyeen tentang perspektif perkahwinan yang membahagiakan ialah pesanan isteri ‘Auf bin Muslim Ashaibani kepada puterinya ketika hendak bernikah dengan al Haris bin Amr, raja negeri Kandah.
Sewaktu utusan diraja hendak membawa pengantin untuk disampaikan kepada raja, ibunya berwasiat kepada anak perempuannya:
“Wahai anakku! Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu, aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya, tetapi ia sebagai peringatan untuk yang lalai dan panduan bagi orang yang menggunakan akal.Andai kata wanita tidak memerlukan suami kerana berasa cukup dengan kedua ibu bapanya, tentu ibumu adalah orang yang paling berasa cukup tanpa suami. Tetapi wanita diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk mereka. Wahai puteriku, Sesungguhnya engkau akan meninggalkan rumah tempat kamu dilahirkan dan kehidupan yang telah membesarkanmu untuk berpindah kepada seorang lelaki yang belum kamu kenal dan teman hidup yang baru. Kerana itu, jadilah ‘hamba’ wanita baginya, tentu dia juga akan menjadi ‘hamba’ lelaki bagimu serta menjadi pendampingmu yang setia.
Peliharalah sepuluh sifat ini terhadapnya, tentu ia akan menjadi perbendaharaan yang baik untukmu.
- Pertama dabn kedua berkhidmat dengan rasa puas serta taat dengan baik kepadanya.
- Ketiga dan keempat, memerhatikan tempat pandangan matanya dan bau yang diciumnya. Jangan sampai matanya memandang yang tidak cantik daripadamu dan jangan sampai dia mencium bau yang busuk daripadamu.
- Kelima dan keenam, memerhatikan waktu tidur dan waktu makannya, kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah.
- Ketujuh dan kelapan, menjaga hartanya dan memelihara kehormatan serta keluarganya. Perkara pokok dalam masalah harta adalah membuat kira-kira dan perkara pokok dalam keluarga adalah pengurusan yang baik.
- Kesembilan dan kesepuluh, jangan membangkang perintahnya dan jangan membuka rahsianya. Apabila kamu mengingkari perintahnya, bererti kamu melukai hatinya. Apabila kamu membuka rahsianya kamu tidak akan selamat daripada pengkhianatannya.
- Kemudian janganlah kamu bergembira di hadapannya ketika dia bersedih atau bersedih di hadapannya ketika dia berseronok. Jadilah kamu orang yang sangat menghormatinya, tentu dia akan sangat memuliakanmu.Jadilah kamu orang yang selalu sekata dengannya, tentu dia akan sangat belas kasihan dan sayang kepadamu.
Ketahuilah, sesungguhnya kamu tidak akan dapat apa yang kamu inginkan sehingga kamu mendahulukan kehendaknya daripada keredaanmu, dan mendahulukan kegembiraannya daripada kesenanganmu, baik dalam hal yang kamu sukai atau yang tidak kamu senangi dan Allah pasti memberkatimu.”
Saudaraku,
Walaupun nasihat ini lebih menumpukan kepada aspek bahasa, namun pengajaran yang dikutip di sebaliknya amat membantu kita memahami realiti hayat kita di dalam rumahtangga.Secara ringkasnya, ibrah yang terdapat di sebalik wasiat ibu yang matang ini ialah :
- Carilah pasangan yang beriman lagi taat kepada perintah Allah.
- Ketaatan kepada suami adalah wajib selagi beliau tidak menyuruh melakukan maksiat kepada Allah.
- Kepentigan mengamalkan sikap berlapang dada dan bertolak ansur kerana ia pasti menghasilkan reaksi dan tindak balas positif juga dengan izin Allah.
- Carilah keberkatan hidup dengan menjaga hubungan dengan Allah,contohnya dengan sentiasa berdoa kepadaNya tanpa menghebohkan kekurangan pasangan nescaya engkau akan dapat kasih sayangnya dan kasih sayang manusia.
- Para perunding hendaklah sentiasa memberikan semangat terhadap banyaknya peluang untuk pembaik pulihan daripada mencari kelemahan seseorang.
Mudah-mudahan sedikit wasiat berupa pengalaman para hukamak ini dapat menyerikan lagi rumahtangga yang dibina bagi menjamin keberadaan sakinah, mawaddah dan rahmah!
Wanita Berhias?
Karya asal dipetik dari laman : www.iluvislam.com
Oleh : Mohd Taufik
Assalamualaikum wbt.
Saudaraku
Zaman kian berubah… segala aspek di dalam kehidupan juga turut terbuai dengan angin kemajuan yang berpanjangan bertiup yang kadang kala mampu menggugat iman. Walau apapun perubahan yang berlaku. Islam tetap tidak akan berubah. Biar apapun zaman yang bersilih ganti, Islam tetap sama. Kemajuannya telah disusun oleh Sang Pencipta yang Maha Bijaksana mengatur kehidupan sesuai sepanjang zaman.
Tetapi yang berubah ialah hati. Di hati lah terletak nilai keimanan, baik atau buruk seseorang. Dan Hakimnya ialah Yang Maha Mengetahui segala isi hati. Tiada guna jika sibuk menyampaikan dakwah seandainya tiada keikhlasan di dalam hati. Tiada guna menyatakan cinta jika tidak disertai dengan perbuatan dari hati yang penuh rela. Bersama – sama kita renungi diri kita sendiri, cuba perbetulkan apa yang mungkin dahulunya kita tidak tahu atau terleka atau terlupa atau tersilap. Ayuh mencari hakikat diri kita yang sebenar dan tujuan kita dijadikan untuk siapa?
Sehubungan itu, ana ingin mengajak kita renungi aspek yang seolah – olah menjadi perkara kebiasaan di kalangan wanita. Iaitu berhias – hias.
Saudaraku
Zaman telah berubah, dengan menyaksikan dunia fesyen barat telah mengikis sedikit demi sedikit nilai Islam, nilai Muslimah yang telah dibentuk oleh Allah di dalam didikan Islam.
Allah Subhanahu wa Ta’ala menyinggung kata ini dalam firman-Nya:
Maksudnya :
“Janganlah kalian (wahai istri-istri Nabi) bertabarruj sebagaimana tabarruj orang-orang jahiliah yang awal.” (Al-Ahzab: 33)
وَالْقَوَاعِدُ مِنَ النِّسَاءِ اللاَّتِي لاَ يَرْجُوْنَ نِكَاحًا فَلَيْسَ عَلَيْهِنَّ جُنَاحٌ أَنْ يَضَعْنَ ثِيَابَهُنَّ غَيْرَ مُتَبَرِّجَاتٍ بِزِيْنَةٍ
Maksudnya :
“Dan perempuan-perempuan tua yang terhenti dari haid dan mengandung, yang tidak memiliki keinginan untuk menikah lagi, maka tidak ada dosa bagi mereka untuk menanggalkan pakaian luar1 mereka dengan tidak bermaksud tabarruj dengan perhiasan yang dikenakan … .” (An-Nur: 60)
Az-Zajjaj Abu Ishaq Ibrahim bin As-Sirri2 rahimahullahu berkata:
“Tabarruj adalah menampakkan perhiasan dan segala yang dapat mengundang syahwat laki-laki.” Adapun jahiliah yang awal, ada yang mengatakan masanya dari mulai Nabi Adam ‘alaihissalam sampai zaman Nuh ‘alaihissalam. Ada yang mengatakan dari zaman Nuh ‘alaihissalam sampai zaman Idris ‘alaihissalam. Ada pula yang berpendapat dari zaman ‘Isa ‘alaihissalam sampai zaman Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam. Pendapat yang lebih mendekati adalah dari zaman Isa ‘alaihissalam sampai zamannya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam, karena merekalah orang-orang jahiliah yang dikenal. Disebut jahiliah yang awal, karena mereka telah ada lebih dahulu sebelum umat Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa sallam. (Ma’anil Qur`an wa I’rabuha, 4/171).
Al-Imam Ath-Thabari rahimahullahu juga menyebutkan hal ini dalam tafsirnya. (Jami’ul Bayan fi Ta`wilil Qur`an, 10/294)
Mujahid Rah. berkata:
“Seorang wanita berjalan di hadapan orang-orang, itulah yang dinamakan tabarruj jahiliah.”
Qatadah Rah. menambahkan :
“Wanita yang tabarruj adalah wanita yang keluar rumah dengan berjalan lenggak-lenggok dan genit. (Tafsir Ath-Thabari, 10/294)”
Al-Imam Majdudin Abus Sa’adat Al-Mubarak bin Muhammad Al-Jazari atau yang lebih dikenal dengan Ibnul Atsir rahimahullahu menjelaskan makna tabarruj dari hadits:
كاَنَ نَبِيُّ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَكْرَهُ عَشْرَةَ خِلاَلٍِ … (مِنْهَا) التَّبَرُّجُ بِالزِّيْنَةِ لِغَيْرِ مَحَلِّهَا…
Maksudnya :
“Nabiyullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam membenci sepuluh perangai (perbuatan)… (kemudian disebutkan satu persatunya, di antaranya adalah:) tabarruj dengan perhiasan tidak pada tempatnya.” (HR. Abu Dawud no. 4222. Namun hadits ini mungkar3 kata Asy-Syaikh Al-Albani rahimahullahu dalam Dha’if Sunan Abi Dawud)
Ibnul Atsir rahimahullahu berkata:
“Tabarruj adalah menampakkan perhiasan kepada laki-laki yang bukan mahram (ajnabi). Perbuatan seperti ini jelas tercela. Adapun menampakkan perhiasan kepada suami, tidaklah tercela. Inilah makna dari lafaz hadits, ‘(menampakkan perhiasan) tidak pada tempatnya’.” (An-Nihayah fi Gharibil Hadits)
Dengan keterangan di atas insyaAllah menjadi jelas bagi kita apa yang dimaksudkan dengan tabarruj. Hukumnya telah jelas, yakni seorang muslimah dilarang berhias – hias sehingga melampaui batas.
Tidak usahlah kita membicarakan para wanita yang berpakaian mendedahkan aurah di jalan-jalan, kerana keadaan mereka telah jelas melanggar syariat Allah.
Apa yang menjadi sesalan ialah para muslimah yang memakai tudung ini turut terikut – ikut mempamerkan penampilannya di depan khalayak umum dengan model ‘busana muslimah’ terkini yang juga mendedahkan aurah, seperti memakai pakaian yang mengikut bentuk badan yang turut disaksikan oleh lelaki.
Semua ini jelas merupakan perbuatan tabarruj yang dilarang dalam Al-Qur`anul Karim. Namun betapa jauhnya manusia dari bimbingan Al-Qur`an. Allah Subhanahu wa Ta’ala melarang para wanita bertabarruj.
Al-Imam Abu Bakr Ahmad bin ‘Ali Ar-Razi Al-Jashshash6 rahimahullahu menyatakan bahwa:
“Beberapa perkara yang disebutkan dalam ayat ini (Al-Ahzab: 33) dan ayat-ayat sebelumnya merupakan pengajaran adab dari Allah Subhanahu wa Ta’ala terhadap istri-istri Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam sebagai penjagaan terhadap mereka dan seluruh wanitanya kaum mukminin juga dituju oleh ayat-ayat ini7.” (Ahkamul Qur`an, 3/471)
Surat An-Nur ayat 60 juga menunjukkan bahwa larangan tabarruj tidak hanya khusus bagi ummahatul mukminin, namun berlaku umum bagi seluruh mukminah. Bila wanita yang sudah berusia dan sudah mengalami menopause saja dilarang tabarruj sebagaimana dalam ayat:
غَيْرَ مُتَبَرِّجَاتٍ بِزِيْنَةٍ
“Dengan tidak bermaksud tabarruj dengan perhiasan yang dikenakan…” (An-Nur: 60)
Wanita yang keluar rumah dengan tabarruj hendaknya berhati-hati dengan ancaman yang dinyatakan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam sabdanya berikut ini:
Maksudnya :
“Ada dua golongan dari penduduk neraka yang keduanya belum pernah aku lihat, pertama: satu kaum yang memiliki cemeti-cemeti seperti ekor sapi yang dengannya mereka memukul manusia. Kedua: para wanita yang berpakaian tapi telanjang, mereka menyimpangkan lagi menyelewengkan orang dari kebenaran. Kepala-kepala mereka seperti punuk unta yang miring/condong. Mereka ini tidak akan masuk surga dan tidak akan mencium wanginya surga padahal wanginya surga sudah tercium dari jarak perjalanan sejauh ini dan itu.” (HR. Muslim no. 5547)
Yang perlu diingat, tidaklah satu dosa diancam dengan keras melainkan menunjukkan bahwa dosa tersebut termasuk dosa besar. Sementara wanita yang keluar rumah dengan berpakaian namun hakikatnya tidak menutup aurah, yang bertabarruj, berjalan berlenggak lenggok di hadapan kaum lelaki hingga menjatuhkan mereka(si wanita dan lelaki) ke dalam lembah fitnah, telah dinyatakan bahawa mereka tidak akan masuk surga dan tidak akan mencium bau surga.
Apakah dosa yang diancam seperti ini bisa dianggap remeh? Maka berhati-hatilah.




