Category Archives: syariat
Antara Dakwah & Dakyah
Antara Dakwah & Dakyah
<kemaskini 9Jan 2010>
Oleh : nurtaufiq
Mutiara Iman tidak bersetuju sama sekali sebarang perlakuan menghina agama lain, memaki hamun, merosakkan harta, membakar rumah ibadat dan apa sahaja perlakuan yang seumpamanya. Ianya bukan cerminan yang baik untuk umat Islam. Islam amat mementingkan keamanan dan menggalakkan persefahaman.
Ulasan & Pandangan Pelbagai Pihak :
- Petikan Khutbah : Isu ‘Allah’ Berkaitan Fahaman Pluralisme – JAKIM (Sumber MalaysiaKini.com) <kemaskini 9 Januari 2010>
Muat Turun Teks Khutbah Jumaat Asal: Akidah Benteng Kekuatan Ummah
- Pandangan Dr Haron Din (Bahagian 1) – (Sumber TvPas – youtube.com) <kemaskini 7 Januari 2010>
- Pandangan Dr Haron Din (Bahagian 2) – (Sumber TvPas) <kemaskini 7 Januari 2010>

Sumber Gambar : flickr.com
31 Disember 2009 mahkamah memutuskan bahawa, tabloid mingguan agama Kristian, Herald, boleh menggunakan perkataan ‘Allah’ di dalam majalah mereka. Saya ingin mengupas isu ini sebagai seorang Muslim yang menetap di Malaysia. Salah sebuah negara yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi. Pendapat saya adalah begini :
Keputusan yang diputuskan oleh pihak mahkamah bakal memberi kesan negatif kepada komuniti Islam di Malaysia. Sekiranya tidak ditentang secara berhemah, komuniti Muslim di Malaysia akan terancam oleh dakyah-dakyah golongan mereka. Mengapa demikian? Ada yang mengatakan,
” Ini isu bahasa dan nama… macam juga pengucapan salam yang pernah juga menjadi perbualan dulu. Orang bukan Islam yang berbangsa Arab pun beri salam juga. Itu bahasa Arab, ini soal bahasa, orang melayu saja yang ingin mempertahan ke’arab’an mereka”
“Allah tu bahasa Arab bermakna Tuhan. Orang Kristian Arab pun ucap InsyaAllah, MasyaAllah dsb. Masalahnya, orang melayu nak jadi lebih Arab dari orang Arab. Bila orang lain nak pakai bahasa Arab, kita tak bolehlah nak melenting.”
Ada benarnya kata-kata mereka itu. Tetapi soal bahasa di dalam pengucapan salam, tidak sama dengan isu ini yang lebih menjurus kepada aqidah umat Islam di Malaysia. Tiada nas yang jelas di dalam Al Quran dan hadis mengenai isu ini. Dr Khalif Muammar berkata… Read the rest of this entry
Hayatilah : Pesanan Terakhir Rasulullah
Hayatilah : Pesanan Terakhir Rasulullah
Oleh : nurtaufiq
Gambar : Flickr.com
Pemimpin profesional. Begitulah sifat besar yang merangkumi akhlak dan kepimpinan Rasulullah S.a.w. Seorang yang amat kita cintai. Seorang pemimpin yang disanjungi, meskipun baginda tidak mengingini sebarang sanjungan. Seluruh hidup baginda hanya untuk membawa transformasi daripada dunia penuh dengan kegelapan kepada cahaya yang terang benderangnya melangkaui batasan kehidupan dunia. Di akhir hayat Rasulullah, baginda telah menyampaikan amanat terakhir. Ketika itu Rasulullah mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijrah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin. Diantara isi dari khutbah terakhir Rasulullah itu ialah :
Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan Read the rest of this entry
Konsep Halal Dan Haram
(Tafsir Surah Al-Araf Ayat 33 – 43)
Dan pada Abu Hurairah r.a. katanya: Aku mendengar RasuIullah saw. bersabda,
“Umat ku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu”.
Sahabat bertanya,
“Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?”
Nabi saw. menjawab, “Penyakit-penyakit itu ialah:
- Terlalu banyak seronok,
- Terlalu mewah
- Menghimpun harta sebanyak mungkin
- Tipu menipu dalam merebut harta benda dunia,
- Saling memarahi
- hasut menghasut sehingga jadi zalim menzalim
(H.R. Hakim )
Halal, Haram dan Syubhah.
Maksud hadis Rasulullah S.a.w yang terkenal tentang halal dan haram ini ialah sesungguhnya perkara yang halal itu telah jelas dan perkara yang haram telah jelas, maka ada di antara keduanya itu dinamakan syubhat iaitu perkara yang tidak pasti hukumnya samada halal atau haram.
Sesungguhnya perkara yang syubhat itulah yang sukar dikenalpasti dan ramai manusia tidak mengetahui kecuali dengan melalui proses pengkajian dan penelitian secara terperinci untuk mengelakkan kita tercebur jatuh ke lembah yang haram.
Perkara yang terbaik dari kaca mata para ulama’ ialah dengan menghindarkan diri atau menjauhkan diri daripada perkara yang syubhat atau perkara – perkara yang menjadi pencanggahan pendapat ulama’.
Konsep larangan di dalam Islam (Halal & Haram) ?
Konsep larangan di dalam Islam bukanlah bertujuan untuk menyekat kebebasan umatnya untuk memperlakukan mengikut hati mereka, tetapi lebih kepada mendidik umatnya. Larangan ini sebenarnya adalah sebagai ujian Allah untuk menguji keimanan dan ketaqwaan hamba-Nya selain menjadi benteng kepada manusia supaya tidak terjerumus ke lembah kehinaan di atas perbuatan mereka.
Diantara perkara yang haram yang perlu dihindari ialah:
- Perkara keji samada zahir atau batin yang disebut di dalam Al Quran sebagai fahisyah (perbuatan buruk yang lari daripada norma – norma kesucian akal dan fitrah manusia spt berzina, liwat, melempar tuduhan melulu dan lain-lain)
- Dosa – dosa kecil seperti memandang wanita bikan muhrim dengan penuh pandangan syahwat.
- Bersikap zalim kepada orang lain atau menzalimi diri sendiri iaitu melampau – lampau melaksanakan sesuatu samada perkara yang hak atau fasad.
- Perkara haram yang besar ialah syirik kepada Allah.
Hikmah Pengharaman
Hikmah pengharaman sesuatu perkara itu ialah menjaga hak hak perlindungan dan kesejahteraan bersifat sejagat, tetapi kadang-kadang sesetengah manusia menganggap bahawa perkara yang haram ini seolah – olah sebagai sekatan kebebasan akal manusia dari belenggu kehidupan mengejar keduniaan, ini adalah disebabkan kurang pendidikan agama sedangkan Allah menyeru manusia mencari kenikmatan akhirat tetapi kamu jangan lupa akan nasib kamu ini di dunia. Allah akan mencabut nyawa kita didalam proses menunggu akhirat.
Proses kematian ini akan dilalui oleh semua peringkat manusia tanpa mengenal pangkat, harta dan usia dan sekiranya ajal itu datang maka Allah tidak akan melambatkan atau mempercepatkannya.
Kecintaan Kepada Dunia
Keyakinan longgar terhadap hari akhirat dan nafsu yang menggila terhadap kecintaan dunia sehingga ada tanggapan yang menyatakan bahawa mengamalkan agama secara total dengan meninggalkan perkara larangan ini adalah tidak moden dan ketinggalan zaman. Inilah ialah tanggapan daripada sesetengah umat Islam sendiri yang berfikiran sekular iaitu memisahkan agama dengan pentadbiran hidup. Ada juga yang bertanggapan yang menyatakan bahawa dunia atau masa muda ialah masa untuk berseronok -seronok. Pemikiran sedemikian amat membimbangkan dan menjadikan umat Islam tidak proaktif dalam beramal dan berbakti kepada Allah dengan matlamat mengejar kenikmatan akhirat yang kekal selama – lamanya.
Istiqomah Dalam Mematuhi Syariat Illahi, Ganjaran Syurga Menanti
Allah Swt berfirman:
“Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh (dengan tidak menjadi keberatan kepada mereka, kerana) Kami tidak memberati diri seseorang (dengan kewajipan) melainkan sekadar yang terdaya olehnya, merekalah ahli Syurga, mereka kekal di dalamnya.”
(S. Al-A’raaf : 42)
Kenikmatan syurga yang tidak pernah terlintas oleh pandangan mata, tidak pernah terdengar oleh telinga dan tidak pernah terdengar oleh telinga dan tidak pernah terdetik di hati sanubari manusia itu haruslah dibeki dengan sifat kesabaran dalam beribadah, keyakinan yang jitu di atas segala perintah tanpa ada rasa kesangsian terhadap kekuasaan Allah. Maka mereka ini tidak akan merasa takut untuk menghadapi ketentuan Allah di padang mahsyar nanti.
Allah berfirman di dalam surah Al A’raaf ayat 37 yang bermaksud:
“Maka tidak ada yang lebih zalim daripada orang yang berdusta terhadap Allah atau yang mendustakan ayat-ayatNya. Orang-orang itu akan mendapat bahagian mereka (di dunia) dari apa yang telah tersurat (bagi mereka), hingga apabila datang kepada mereka utusan-utusan Kami (malaikat) yang mengambil nyawa mereka, bertanyalah malaikat itu (kepada mereka): Manakah (makhluk-makhluk dan benda-benda) yang kamu sembah selain Allah? Mereka menjawab: Semuanya itu telah hilang lenyap daripada kami dan mereka pula menjadi saksi terhadap diri mereka sendiri, bahawa mereka adalah orang-orang yang ingkar” (S. Al -A’raaf : 37)
Di dalam ayat ini, Allah menyatakan bahawa tidak ada manusia yang lebih kejam dan zalim apabila mereka melaksanakan satu undang – undang yang tidak bersesuaian atau tidak menurut prinsip-prinsip Al Quran atau mengadakan suatu hukum yang lain dan menyatakan inilah yang sebenarnya yang dikehendaki Allah. Mereka inilah yang akan menerima balasan buruk dari perbuatan zalim itu iaitu azab neraka jahannam yang amat pedih.
Allah Swt berfirman :
“Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat (perintah) Kami dan yang angkuh (merasa dirinya lebih) daripada mematuhinya, tidak sekali-kali akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan mereka tidak akan masuk Syurga sehingga unta masuk di lubang jarum dan demikianlah Kami membalas orang-orang yang melakukan kesalahan”( S. Al-A’raaf :40)
