Category Archives: Pandangan
Antara Dakwah & Dakyah
Antara Dakwah & Dakyah
<kemaskini 9Jan 2010>
Oleh : nurtaufiq
Mutiara Iman tidak bersetuju sama sekali sebarang perlakuan menghina agama lain, memaki hamun, merosakkan harta, membakar rumah ibadat dan apa sahaja perlakuan yang seumpamanya. Ianya bukan cerminan yang baik untuk umat Islam. Islam amat mementingkan keamanan dan menggalakkan persefahaman.
Ulasan & Pandangan Pelbagai Pihak :
- Petikan Khutbah : Isu ‘Allah’ Berkaitan Fahaman Pluralisme – JAKIM (Sumber MalaysiaKini.com) <kemaskini 9 Januari 2010>
Muat Turun Teks Khutbah Jumaat Asal: Akidah Benteng Kekuatan Ummah
- Pandangan Dr Haron Din (Bahagian 1) – (Sumber TvPas – youtube.com) <kemaskini 7 Januari 2010>
- Pandangan Dr Haron Din (Bahagian 2) – (Sumber TvPas) <kemaskini 7 Januari 2010>

Sumber Gambar : flickr.com
31 Disember 2009 mahkamah memutuskan bahawa, tabloid mingguan agama Kristian, Herald, boleh menggunakan perkataan ‘Allah’ di dalam majalah mereka. Saya ingin mengupas isu ini sebagai seorang Muslim yang menetap di Malaysia. Salah sebuah negara yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi. Pendapat saya adalah begini :
Keputusan yang diputuskan oleh pihak mahkamah bakal memberi kesan negatif kepada komuniti Islam di Malaysia. Sekiranya tidak ditentang secara berhemah, komuniti Muslim di Malaysia akan terancam oleh dakyah-dakyah golongan mereka. Mengapa demikian? Ada yang mengatakan,
” Ini isu bahasa dan nama… macam juga pengucapan salam yang pernah juga menjadi perbualan dulu. Orang bukan Islam yang berbangsa Arab pun beri salam juga. Itu bahasa Arab, ini soal bahasa, orang melayu saja yang ingin mempertahan ke’arab’an mereka”
“Allah tu bahasa Arab bermakna Tuhan. Orang Kristian Arab pun ucap InsyaAllah, MasyaAllah dsb. Masalahnya, orang melayu nak jadi lebih Arab dari orang Arab. Bila orang lain nak pakai bahasa Arab, kita tak bolehlah nak melenting.”
Ada benarnya kata-kata mereka itu. Tetapi soal bahasa di dalam pengucapan salam, tidak sama dengan isu ini yang lebih menjurus kepada aqidah umat Islam di Malaysia. Tiada nas yang jelas di dalam Al Quran dan hadis mengenai isu ini. Dr Khalif Muammar berkata… Read the rest of this entry
Hijrah : Mencoret Tragedi & Peristiwa.
Hijrah : Mencoret Tragedi & Peristiwa.
Oleh : nurtaufiq
Marwa El Sherbini
Marwa El Sherbini. Ada cerita di sebalik nama insan ini. Seorang ahli Fizik yang merantau ke Jerman bersama suaminya, Elwi Al Kaz. Namanya tidak pernah disebut di dalam kitab-kitab sarjana Islam silam. Beliau tidak dikenali sebelum ini. Kisah Marwa yang membayar maruah dengan nyawa persis kisah Mashitah ketika dizalimi lantaran mempertahankan aqidahnya. Marwa dan Mashitah adalah dua personaliti contoh yang datang pada era yang berbeza. Mashitah, seorang penyikat rambut anak Firaun yang sanggup dihumban ke dalam kawah yang bergelakgak panas kerana mempertahankan keimanan kepada Allah. Kita bawa kisah Mashitah bersama – sama kisah Marwa.
Antara Maruah Dan Nyawa
8 Rejab 1430 Hijri berlalu membawa kisah Marwa. Beliau ditikam secara bertubi-tubi diruang mahkamah kota Dresdan, Jerman, ketika memberi keterangan mengenai dirinya diganggu oleh pemuda Jerman yang bernama Alex W. Alex kerap memanggil Marwa dan keluarganya sebagai pengganas oleh sebab pemakaian jilbabnya. Bukan sahaja gangguan melalui kata-kata, Alex W juga pernah menyerang Marwa dan cuba mencabut jilbab yang dipakai oleh Marwa. Marwa yang terasa diganggu membuat tindakan undang-undang terhadap Alex. Tanggal 8 Rejab 1430 Hijrah, gugurlah Marwa di pekarangan mahkamah Dresdan. Lebih memilukan lagi, suami beliau, Elwi yang cuba membantu beliau, ditembak oleh pegawai penguasa dikaki. Pihak mahkamah mengatakan dengan mudahnya, kesilapan ketika tembakan dilakukan. SubhanaAllah.
Kejadian ini berlaku di dalam tahun 1430 hijrah (1 Julai 2009). Kisahnya terlalu dekat dihati kita, meskipun sedikit sekali media massa menyebut kisah syahidnya Marwa ketika mempertahankan maruahnya sebagai Muslimah. Disaat negara kita, pemimpin-pemimpin wanita sibuk menyuarakan kesamarataan gender. Sedangkan nilai-nilai Islam khususnya jatidiri seorang muslimah kerap dilupakan. Marwa dan Mashitah mempertahankan keimanan mereka kepada Allah, masih adakah lagi muslimah seperti Marwa di zaman penghujung dunia ini? Ayuh Muslimah, berhijrahlah!
Padang : Ibarat Kiamat kecil.
Apabila kami kehendaki akan membinasakan suatu negeri, (lebih dahulu) kami perintahkan orang yang hidup mewah (supaya taat kepada Allah), tetapi mereka fasik (derhaka), sebab itu, berhaklah mereka ditimpa seksaan, lalu kami binasakan negeri mereka sebinasa binasanya.
10 Syawal 1430 Hijrah, Jam 17:16.
7.9 skala richter. Skala kemusnahan sebahagian Kota Padang. Ibarat kiamat kecil, begitulah yang dirasakan oleh sebahagian masyarakat Padang. Penduduknya dihuni oleh majoriti kaum Minangkabau. Sahabat saya yang berkerja sebagai buruh yang juga telah mendapat taraf warganegara disini mengatakan, sudah kerap gempa berlaku di Padang. Katanya, selepas kejadian gempa baru – baru ini berlaku, rumah kakaknya retak habis. Mujurlah tiada apa-apa yang berlaku dikalangan ahli keluarganya yang masih menetap di sana. Masyarakat Padang dimaklumkan sudah jauh terpesong dengan pengamalan sirik, menelek nasib, perjudian dan aktiviti pelacuran. Dia memaklumkan bahawa, kejadian gempa kali ini lebih teruk berbanding yang pernah berlaku sebelum ini.
Tiga buah kampung yang hilang ditelan bumi bersama penghuni-penghuninya. Bukanlah nak tunding jari bahawa semua masyarakat di kota Padang terpesong daripada budaya Islam. Di Malaysia juga begitu, tetapi ianya sebagai amaran buat kita di Malaysia yang masih belum ditunjukkan oleh Allah kejadian seperti itu disini. Rasulullah pernah bersabda, antara maksud lainnya ialah, tidak kira, orang baik atau orang yang tidak, bala Allah tetap diputuskan berlaku sekiranya golongan yang membelakangi Islam lebih banyak daripada orang baik disuatu kawasan itu.
Kejadian itu berlaku di dalam tahun 1430 Hijrah. Bersebelahan pula di negara kita. Tatkala di negara kita berlakunya gejala murtad, zina, pembuangan anak, nabi palsu, hiburan melampau, syirik dan perjudian berlelualasa. Pelbagai dosa membelenggu umat Islam di Malaysia. Tidakkah kita takut? Atau biarkan sahaja kejadian itu tanpa melakukan transformasi rohani? Ayuh muslimin dan muslimat, berhijrahlah!
Buat Saudara Kita Di Indonesia
Gempa Bumi Di Padang.
Tiada apa yang terbaik yang dapat dikirimkan melainkan doa daripada kami di Malaysia. Takziah buat rakyat Indonesia amnya, dan masyarakat Padang khasnya. Percayalah bahawa anda telah diuji dan getaran ujian tersebut dirasai juga oleh kami di Malaysia. Tatkala kami di sini di dalam kelalaian, ujian musibah kepada saudara – saudara di Indonesia kembali menyegarkan iman kami di sini.
Sebagai saudara anda, berat mata-mata ini yang memandang, kami pasti beratlah lagi bahu yang memikulnya. Percayalah, sesungguhnya, rasa keperitan, kesulitan, kesedihan mampu menjernihkan hati, menghapuskan dosa, menyuburkan rasa kehambaan, mencegah sifat ujub dan sifat takbur. Menangislah sehingga tangisan itu menjadi penawar bagi kesedihan dan menjadikan anda bangsa yang kuat di dalam menghadapi ujian Allah. Read the rest of this entry
Jawatan Disanjung, Dunia Didukung, Akhirat??
Memangku jawatan terkesan indah di luar, Padahal ianya hanya sesuatu yang rendah (hina).
(Ibnul Wardi)
Saidina Umar R.a Pemimpin Contoh
Pemimpin merupakan pemegang amanah. Seorang pemimpin yang baik bukanlah memikirkan apa yang telah dibuat untuk rakyat atau orang yang dipimpinnya. Tetapi sebaliknya memikirkan apa yang masih belum dilakukan untuk yang orang yang dipimpinnya.
Terlalu ramai ahli politik, tetapi sangat sedikit sekali pemimpin. Pemimpin boleh menjadi ahli politik, tetapi tidak semua ahli politik boleh menjadi pemimpin.
Pemimpin seringkali diseru agar mengikuti contoh kepimpinan Saidina Umar Al Khattab. Seorang sahabat Rasulullah yang banyak mempelajari daripada Rasulullah mengenai soal kepimpinan. Terdapat kisah ketika Saidina Umar berangkat untuk bertemu dengan rakyat Al Quds (Baitul Maqdis)
Beliau berangkat ke sana dengan seorang pembantu dan seekor unta sebagai kenderaan tunggangan dari Kota Madinah. Oleh kerana ada hanya seekor unta menjadi tunggangan, maka khalifah dan pembantunya membuat persetujuan untuk menunggang unta secara bergilir-gilir, dimulai dengan khalifah selepas itu pembantunya sehinggalah tiba di kota Al Quds.Apabila hampir tiba di ibu kota Al Quds, tibalah giliran pembantunya menaiki unta dan khalifah berjalan kaki. Pengiringnya enggan menaiki unta kerana dilihatnya ramai penduduk sedang menyambut kedatangan khalifah Umar Al Khattab, pada pendapatnya tentulah tidak wajar dia yang menunggang unta sedangkan khalifah berjalan kaki. Lagi pun penduduk menunggu kedatangan khalifah, sudah tentu khalifah yang sepatutnya diberi penghormatan menunggang unta bukan pembantunya. Khalifah Umar Al Khattab marah dengan sikap pembantunya kerana cuba melanggari persetujuan bahawa mereka akan bergilr-gilir menunggang unta, kini adalah giliran pembantunya. Umar Al Khattab dengan tegas tetap menyuruh pembantunya menunggang unta.
Umar Al Khattab r.a berkata. “Inilah ajaran Islam, keadilan adalah hampir kepada taqwa, aku tidak sedikit pun keberatan berjalan kaki sedangkan engkau menunggang unta. Dan aku sama sekali tidak berasa terhina berbuat demikian. Terpulanglah kepada penduduk Baitul Maqdis untuk membuat tafsiran masing-masing. Aku sanggup beri penjelasan jika mereka kehendaki. Maka naiklah engkau unta tunggangan ini.”
Setelah memasuki kota Al Quds, berduyun-duyunlah penduduk menyambut kedatangan khalifah Umar Al Khattab r.a., alangkah terkejutnya mereka melihat melihat peribadi agung khalifah yang masuk berjalan kaki sedangkan pembantunya menaiki unta. Dengan perasaan hairan bercampur kagum mereka menyaksikan kejadian yang menyentuh hati tersebut. Inilah kisah pendek yang menjadi contoh keperibadian saidina Umar sebagai seorang pemimpin. Sewajarnya seorang pemimpin tidak perlu mempertontonkan jasa yang ditaburkan, sebaliknya bermuhasabah dan mencari kelemahan di dalam pentadbirannya. Seterusnya berusaha dengan penuh tanggungjawab untuk memperbaikinya. Pemimpin perlulah bijak dalam timbangan keadilan. Mengutamakan kebaikan untuk semua yang dipimpinnya tanpa mengira darjat, agama atau kaum.
”Sesiapa yang diserahkan oleh Allah akan sesuatu urusan dari beberapa urusan pemerintahan kau muslimin, lalu ia tidak mempedulikan tentang keperluan mereka, kesusahan dan penderitaan mereka nescaya Allah tidak akan mempedulikan tentang keperluan, kesusahan dan penderitaannya di hari kiamat nanti.” (Al Hadis)
Rakyat atau pihak yang dipimpin pula perlulah mentaati perintah pemimpin selagi ianya tiada bercanggah di dalam Islam. Jika pemimpin menganjurkan pesta – pesta hiburanyang melalikan, pihak yang dipimpin wajar menegur dan tidak memtaatinya di dalam soal itu. Rasulullah pernah bersabda:
”Pemimpin pilihan di antara kamu semua ialah orang-orang yang kamu cintai (suka), mereka juga mencintai kamu. Kamu semua mendoakan mereka untuk kebaikan begitu juga mereka mendoakan untuk kebaikan kamu. Adapun pemimpin-pemimpin yang jahat di kalangan kamu ialah orang-orang yang kamu benci mereka, dan mereka pun benci kepada kamu. Kamu melaknat mereka dan mereka juga melaknat kamu. Auf bin Malik bertanya kepada Rasulullah, “Apakah kita tidak boleh menentang mereka? Sabda baginda,”Jangan menentang mereka selama mereka masih mendirikan sembahyang di kalangan kamu.” ( Al Hadis)
Melampui batas contohnya rusuhan atau perhimpunan yang boleh memudaratkan adalah sesuatu yang dibenci oleh Allah Swt. Ianya bukan sahaja memberi kesan buruk kepada diri atau golongan perusuh malah memberi imej buruk kepada Islam sekiranya golongan tersebut terdiri daripada orang Islam. Islam tidak pernah mengajar umatnya melampui batas sebaliknya setiap permasalahan dianjurkan diselesaikan dengan bijaksana. Secara syura atau perbincangan. Islam menganjurkan melakukan perbaikan sesama manusia tanpa mengira agama atau bangsa. Usahlah kemarahan menjadikan kita terlupa bahawa jatuh bangun sesebuah kerajaan adalah kehendak Allah Swt. Apabila Allah hendak menjatuhkan sesebuah kerajaan, bila-bila masa sahaja ianya terjadi. Begitulah juga sebaliknya jika hendak menaikkan sesebuah kerajaan.
Hikmah disebalik jatuh atau bangun sebuah kerajaan adalah untuk membuktikan bahawa, tiada yang berkuasa melainkan Allah Swt. Sekuat mana pun sesebuah kerajaan, kekuatannya tetap terletak di bawah kerajaan Allah yang maha agung. Kejatuhan akan menjadikan umat manusia menyedari kesilapan dan bermuhasabah kembali bahawa sesungguhnya, yang berkuasa adalah Allah Swt. Semoga jawatan disanjung, dunia didukung, akhirat dijunjung. Wallahu’alam
Apabila Dosa Menjadi Biasa
Apabila Dosa Menjadi Biasa
Oleh : http://nurthauffiq.blogspot.com
Apabila budaya barat diikuti...
Persoalan arak. Apabila yang haram dibiarkan sahaja.
Persoalan hudud. Apabila yang halal pula dipermainkan.
ILMU PENCETUS KEBAIKKAN
LANGKAH AWAL
Langkah kerajaan untuk menaik taraf Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) setaraf dengan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) wajar dipuji. Ianya dilihat sebagai langkah positif kerajaan untuk menghidupkan kembali institusi agama ini. Langkah PAS untuk memartabatkan hukum hudud juga adalah suatu langkah yang positif dan wajib diperjuangkan. Alhamdulillah, sekurang – kurangnya ianya suatu cadangan yang positif dan perlu dilihat secara positif.
PERLAKSANAAN PERLU SECARA BERPERINGKAT
Antaranya ialah :
- Menaiktaraf sekolah – sekolah agama kerajaan dan sekolah – sekolah agama pondok daripada segi prasarana, sukatan pelajaran dsb.
- Menaiktaraf tenaga pengajar sekolah agama/pondok tersebut sehingga sebaris dengan guru – guru sekolah kebangsaan.
- Sekiranya perlu, kerajaan persekutuan mengambil alih peranan kerajaan negeri di dalam mentadbir dan mengurus sekolah agama/pondok negeri.
- Menyerlahkan fungsi masjid sebagai institusi ilmu dan agama.
- Melaksanakan kem bina insan seumpama PLKN yang sepenuhnya mengamalkan prinsip Islam (tiada percampuran Lelaki&perempuan, pengisian mirip prinsip sekolah pondok)
Begitu juga dengan langkah PAS untuk memertabatkan hukum hudud perlulah secara berperingkat iaitu bermula dengan pendedahan ilmu hukum islam secara lebih berkesan kepada masyarakat islam dan bukan islam. Pastinya ia bukanlah mengambil masa yang pendek. Ianya memerlukan komitmen kerajaan persekutuan di dalam perlaksanaanya. Antara langkah awal pendedahan ilmu tersebut ialah :
- Mewajibkan subjek undang – undang islam di dalam sukatan pendidikan sedia ada sekarang samada kepada muslim dan juga yang bukan islam
- Memperbanyakkan sesi dialog atau seminar terbuka yang membincangkan mengenai hukum Islam, peranan dan halatujunya.
- Melaksanakan undang – undang islam secara berperingkat bermula dengan prinsip takzir, qisas dan kemudianya hudud. Perlaksanaan hukum hudud juga perlu berperingkat bermula hukuman jenayah sebatan (arak dsb) sehinggala perlaksanaan secara total.
ULAMA DAN UMARA’ PERLU BERSATU
Lupakan soal politik. Ini bukan persoalan politik tetapi soal pembangunan ummah dan pembangunan tamadun.
Kita percaya dengan kemampuan golongan pemimpin dan cendikiawan agama yang terdapat di negara kita mampu menjadikan perlaksanaan undang – undang Islam suatu realiti. Hanya dengan suatu syarat yang mampu mengengkang dosa menjadi kebiasaan. Pemimpin Islam dan cendikiawan perlu bersatu. Bersatu bukan kerana bangsa, tetapi kerana agama Islam kerana, ia menunjukkan kecintaan kepada agama. Kecintaan kepada agama bererti kecintaan pada Allah SWT.
Kesimpulannya, jika tidak kita umat Islam sendiri, siapa lagi yang hendak menjulang agama Islam??
Tepuk dada, tanyalah Iman.
Renungkanlah.




