Monthly Archives: February 2012
Kitab Injil 1,500 tahun ditemui
Kitab Injil 1,500 tahun ditemui
Sumber : Berita Harian
Terdapat catatan ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Muhammad SAW
ANKARA: Satu naskhah kitab Injil berusia 1,500 tahun yang mengandungi ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad menarik perhatian Vatican apabila pemimpin agama Roman Katolik, Pope Benedict XVI, dilaporkan meminta untuk melihat kitab itu, yang disembunyikan di Turki sejak 12 tahun lalu.
Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Turki Ertugrul Gunay, memberitahu akhbar Daily Mail, naskhah yang dianggarkan bernilai AS$22 juta (RM66 juta) itu mengandungi ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Muhammad.
Bagaimanapun Gereja Kristian menghalang maklumat itu daripada disebarkan dan diketahui ramai selama bertahun-tahun, berikutan persamaannya dengan pandangan Islam mengenai Nabi Isa, katanya.
Dalam Islam, Nabi Isa dilayan sebagai manusia, bukan Tuhan. Ia menolak idea Holy Trinity dan penyaliban serta mendedahkan ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad.
Dalam satu versi kitab Injil itu, Nabi Isa dikatakan bercakap dengan paderi: Bagaimana hendak memanggil penyelamat itu? Dia Mohammed adalah nama diberkati.
Dalam satu lagi catatan, Nabi Isa menafikan beliau adalah penyelamat sebaliknya orang itu datang dari golongan Ismaili merujuk kepada bangsa Arab keturunan Nabi Ismail.
Menurut laporan, umat Islam mendakwa naskhah itu, yang dikatakan ramai ialah Injil Saint Barnabas, adalah tambahan kepada Injil asli Mark, Matthew, Luke dan John.
Saint Barnabas secara tradisi dikenali sebagai pengasas Gereja Cypriot dan seorang mubaligh era awal perkembangan agama Kristian.
Gunay berkata, kitab Injil berkenaan ditulis tangan di atas kulit haiwan dengan emas menggunakan bahasa Aramaik (dipercayai hampir serupa dengan bahasa Hebrew).
Beliau berkata, Vatican secara rasmi meminta untuk melihat buku itu, yang ditemui Turki ketika operasi antipenyeludupan pada 2000. Kumpulan samseng dilaporkan menyeludup pelbagai artifak purba.
Ia dikawal ketat oleh pihak berkuasa sebelum diserahkan kepada Muzium Etnografi Ankara dan akan dipamerkan tidak lama lagi. Salinan muka surat tunggal yang ditulis Nabi Isa dilaporkan bernilai AS$2.4 juta (RM7.2 juta).
Bagaimanapun, keraguan mengenai keaslian manuskrip bertulis tangan itu mula timbul. Paderi Protestan, Ihsan Ozbek, berkata buku versi itu dikatakan dari abad kelima atau keenam, manakala Saint Barbanas hidup pada abad pertama sebagai seorang daripada pesuruh Nabi Isa. – Agensi
Fitnah Umpama Gelombang Di Lautan
Fitnah Umpama Gelombang Di Lautan
Diriwayatkan dari Hudzaifah ra, dia berkata :
“Umar ra pernah bertanya aku ketika aku bersamanya.
Katanya :
Siapakah di antara kamu yang pernah mendengar Rasulullah S.A.W
meriwayatkan tentang fitnah?”
Sahabat-sahabat menjawab:
” Kami pernah mendengarnya.”
Umar Bertanya,
“Apakah kamu maksudkan fitnah seorang lelaki bersama keluarga
dan tetangganya?”
Mereka menjawab :
“Ya, benar.”
Umar berkata.
“Fitnah tersebut boleh dihapuskan oleh solat, puasa dan zakat.
Tetapi siapakah di antara kamu pernah mendengar Nabi S.A.W
bersabda tentang fitnah yang bergelombang sebagaimana lautan
bergelombang?”
Hudzaifah berkata
“Sahabat-sahabat terdiam”
Kemudian Hudzaifah berkata :
“Aku, wahai Umar!”
Umar berkata,
“Engkau?.
Lantas Umar memuji dengan berkata,
“Ayahmu adalah milik Allah.”
Huzaifah berkata :
Aku dengar Rasulullah S.A.W bersabda :
Fitnah akan melekat di hati manusia bagaikan tikar yang dianyam
secara tumpang tindih satu sama lain.
Hati yang dihinggapi fitnah , bintik-bintik putih akan melekat
padanya, sehingga akhirnya hati tersebut terbahagi menjadi dua
Sebahagian menjadi putih bagaikan batu licin yang tidak lagi
terkena bahaya fitnah, selama langit dan bumi masih ada,
dan sebahagian yang lain menjadi hitam keabu-abuan seperti
bekas tembaga berkarat, tidak menyuruh kebaikan dan tidak
melarang kemungkaran, dia hanya mengikuti keinginan hawa
nafsunya
(Hadis Riwayat Muslim)
Nasihat Imam Syafie
Nasihat Imam Syafie

Jika Engkau ingin hidup,
Selamat agamamu
Aman kedudukanmu dan
terjamin harga dirimu.
Lisanmu janganlah menceritakan keaiban orang lain,
kerana kamu juga mempunyai keburukan dan orang lain juga mempunyai lisan.
Jika kedua matamu melihat keburukan orang lain maka diamlah
dan katakan :
Wahai mata! Mata orang lain lagi jeli melihat keburukanku.
Bergaulah dengan baik dan jauhilah orang yang memusuhimu,
berpisahlah dengan dia, namun dengan cara yang baik.
Kisah Rasulullah Diberi Makan Oleh Orang Kristian
Kisah Rasulullah Diberi Makan Oleh Orang Kristian
Oleh : nurtaufiq
Sumber : Tafsir Pedoman Mutaqqin

Dakwah Di Taif
Di riwayatkan daripada Muhammad ibn Ka’b al Qurazi, katanya :
Apabila Rasulullah s.a.w tiba ke Taif, baginda terus mendapatkan beberapa orang bangsawan dan pembesar Thaqif. Mereka ialah tiga orang yang bersaudara, Yalayl ibn Amru ibnu Umayr, Mas’ud ibn ‘amr , Ibn Umayr dan Habib ibn ‘Amr ibn Umyr. Pada salah seorang daripada mereka terdapat seorang perempuan Quraisy dari Bani Jumah.
Lalu Rasulullah s.a.w duduk menemui mereka dan menyeru mereka kepada agama Allah serta menceritakan bahawa tujuan kedatangannya adalah untuk meminta sokongan mereka terhadap agama Islam dan supaya mereka sanggup berjuang bersama baginda untuk melawan kaum yang menentang baginda.
Salah seorang daripada mereka berkata,
“Aku akan koyakkan kain Kaabah jika Allah mengutuskan kamu sebagai rasul.”
dan seorang lagi berkata,
“Adakah Allah tidak mendapat seorang yang lain daripada engkau untuk diangkat menjadi rasul?”
Kemudian orang yang ketiga pula berkata,
“Demi Allah aku tidak akan bercakap dengan engkau. Jika benar engkau ini utusan Allah, tentulah kedudukan engkau lebih tinggi untuk aku menjawab percakapan engkau dan jika engkau berdusta terhadap Allah, sudah tentu tidak patut bagiku bercakap dengan engkau.”
Rasulullah s.a.w pun bangkit hendak meninggalkan mereka dan baginda tidak menaruh apa-apa harapan lagi untuk mendapatkan pertolongan daripada suku Thaqif, kemudian baginda bersabda kepada mereka,
“Apa-apa yang telah kamu lakukan itu aku harap kamu rahsiakannya sahaja.”
Rasulullah s.a.w tidak suka berita itu sampai kepada kaumnya supaya mereka tidak menghasut kaum Thaqif bertindak terhadap baginda. Read the rest of this entry


