Panduan : Kesalahan Yang Sering Dilakukan Di dalam Masjid

8 Kesalahan Yang Sering Dilakukan Di Masjid

Oleh : nurtaufiq
Rujukan : Tafsir Pedoman Muttaqin (Juzuk 29)

Gambar Hiasan.    Sumber : Flickr.com

  • Meninggalkan solat tahiyyatulmasjid.

Abu Qatadah al Sulami ra. meriwayatkan, Rasululluah s.a.w bersabda :

Apabila seorang kamu masuk ke dalam masjid, hendaklah ia solat dua rakaat sebelum duduk.

  • Meninggalkan doa masuk dan keluar masjid

  • Masuk ke masjid dengan pakaian yang buruk, sedangkan dia mampu untuk memakai pakaian yang baik dan indah.  Tidak sepautnya bagi sesorang masuk ke masjid dengan pakaian yang buruk sekalipun bersih.

Allah taala berfirman :

Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaianmu yang indah setiap kali masuk ke masjid.

Keluar ke masjid selepas azan tanpa hajat

Didalam riwayat Abu Hurairah ra baginda Rasulullah s.a.w menegur orang yang keluar dari masjid selepas azan dengan sabdanya :

Orang ini sebenarnya telah menderhakai Abu Al Qasim (Nabi s.a.w)

  • Meninggikan suara dan membuat bising.

Diriwayatkan daripada Abu Sa’aid katanya :

Rasulullah s.a.w beriktiqaf di dalam masjid, Baginda dengar jemaah meninggikan baaan mereka laulu Baginda membuka tirai dan menegur mereka dengan sabdanya : “Awas! Setiap orang daripada kamu sedang bermunajat kepada Tuhannya, janganlah sesetengah kamu mengganggu sesetengah yang lain dan jangan meninggikan bacaan sesetengah kamu di atas yang lain apabila membaca Al Quran atau sedang bersolat

  • Mencari barang yang hilang di dalam masjid.

Dalam sebuah riwayat hadis, Abu Hurairah r.a katanya, sabda Rasulullah s.a.w :

Sesiapa mendengar orang sedang mencari barang yang hilang di dalam masjid, jawablah kepadanya : “biarlah Allah tidak menemukan barang itu kepadamu. Sesungguhnya masjid tidak dibina untuk itu.”

Namun begitu, sesetengah ulama berpendapat, dikecualikan menari kanak-kanak yang hilang.

  • Mempamerkan barang-barang jualan di masjid.

Nabi S.a.w bersabda :

Apabila kamu melihat akan orang yang sedang  menjual atau membeli di dalam masjid, maka katakanlah, “Biar Allah tidak meberi keuntungan pada perniagaanmu”

  • Menampal iklan perniagaan di dalam masjid.

Sehubungan  ini, Nabi s.a.w bersabda:

Sesungguhnya masjid itu diguna bagi tujuan asal ia dibinakan.

Tidak mengapa jika ditampal diluar masjid (Pada tempat-tempat yang dikhaskan)

Wallahu’alam

Advertisement

Posted on August 22, 2010, in Tajdid Iman, Tazkirah Diri. Bookmark the permalink. 3 Comments.

  1. salam…
    penulisan yg ringkas dan biasa tetapi padat dengan peringatan yang kita selalu lupa dan abaikan.. salam perkenalan..

    • Salam perkenalan sahabat..:)

      • w’salam w.b.t….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s