Monthly Archives: August 2010

Kasihnya Rasulullah Kepada Kanak-kanak

Kasihnya Rasulullah Kepada Kanak-kanak

Oleh :nurtaufiq

Gambar Hiasan

Rasulullah S.a.w amat menyukai dan kasih kepada kanak-kanak. Baginda amat menyenangi apabila bersama-sama dengan anak-anak kecil. Malah, kanak-kana juga amat menyenangi baginda. Kadangkala, mereka suka berpangku di atas peha baginda. Pernah pada suatu hari, baginda membariskan Abdullah, Ubaidullah dan putera – putera Saidina Abas yang lain.

Baginda berkata,

Siapakah di antara kamu yang terlebih dahulu sampai kepadaku, akan aku berikan sesuatu.

Maka mereka berlumba-lumba menuju ke arah baginda, kemudian mereka duduk dekat Rasulullah dan baginda memeluk dan mencium mereka.

Ketika Ja’far Bin Abi Talib terbunuh didalam peperangan Mut’ah, baginda merasakan sangat sedih.  Lantas baginda segera ke rumah Ja’far. Pada ketika itu, isteri Ja’far, iaitu Asma’ Binti Umais sedang membuat roti dan memandikan anaknya.

Baginda bersabda,

Suruhlah anak-anak Ja’far mendekatiku

Ketika anak-anak Ja’far mendekati baginda, maka baginda menitiskan airmata dan mencium mereka semua.

Maka, Asma’ bertanya kebingungan,

Wahai Rasulullah, apakah yang telah terjadi sehingga engkau menangis? Apakah sudah sampai berita kepadamu tentang suamiku Ja’afar? Asma’ meneka.

Baginda menjawab,

Ya, meraka hari ini ditimpa musibah.

Lalu asma’ pun menangis sehingga ramai sahabat muslimah menemuinya.

Sebelum Rasulullah S.a.w pulang, baginda bersabda,

Janganlah kamu semua melupakan keluarga Ja’afar, buatlah makanan untuk mereka, sesungguhnya mereka sedang menghadapi musibah kematian Jaa’far.

Begitulah antara kisah kecintaan dan keakraban Rasulullah S.aw terhadap kanak-kanak untuk kita sama-sama renungkan. Tidak kira siapa, masa dan ketika, baginda akan membelai dan bermesra dengan mereka. Sehingga ketika solat pun, baginda membiarkan cucunya iatu Hasan dan Husin duduk dibadannya.

Sungguh indah peribadi Rasulullah s.a.w kepada kanak-kanak.

Bagaimana dengan kita?

Panduan : Kesalahan Yang Sering Dilakukan Di dalam Masjid

8 Kesalahan Yang Sering Dilakukan Di Masjid

Oleh : nurtaufiq
Rujukan : Tafsir Pedoman Muttaqin (Juzuk 29)

Gambar Hiasan.    Sumber : Flickr.com

  • Meninggalkan solat tahiyyatulmasjid.

Abu Qatadah al Sulami ra. meriwayatkan, Rasululluah s.a.w bersabda :

Apabila seorang kamu masuk ke dalam masjid, hendaklah ia solat dua rakaat sebelum duduk.

  • Meninggalkan doa masuk dan keluar masjid

  • Masuk ke masjid dengan pakaian yang buruk, sedangkan dia mampu untuk memakai pakaian yang baik dan indah.  Tidak sepautnya bagi sesorang masuk ke masjid dengan pakaian yang buruk sekalipun bersih.

Read the rest of this entry

Secebis Peringatan, Selautan Manfaat

Secebis Peringatan, Selautan Manfaat

Oleh : nurtaufiq

Titisan RahmatGambar Hiasan, Sumber : Flickr.com

Wahai penderhaka,

Janganlah kamu tertipu dengan cukup menutupi tindakan kamu yang boleh jadi akan menyingkapkan aurat kamu.

Jangan pula tertipu dengan hanya bersikap sabar, kerana pada waktu tertentu ia dapat mengheret kamu menghadap kepada hukuman.

Akan tetapi…

Hendaklah kamu selalu merasa risau serta mempertahankan kerisauan  itu dan mengetuk pintu Allah.  Kerana manfaatnya merupakan hasil sikap diri kamu sendiri.

Serulah hati kamu dengan perasaan sedih dan memberi minum kepadanya segelas air mata.

Galilah telaga yang terpendam di sebalik hawa nafsu dengan penuh harapan semoga kamu menemui air yang dapat digunakan untuk mencuci noda kejahatan yang telah kamu lakukan.

(Ibnu Qayyim)