Monthly Archives: December 2009
Hijrah : Mencoret Tragedi & Peristiwa.
Hijrah : Mencoret Tragedi & Peristiwa.
Oleh : nurtaufiq
Marwa El Sherbini
Marwa El Sherbini. Ada cerita di sebalik nama insan ini. Seorang ahli Fizik yang merantau ke Jerman bersama suaminya, Elwi Al Kaz. Namanya tidak pernah disebut di dalam kitab-kitab sarjana Islam silam. Beliau tidak dikenali sebelum ini. Kisah Marwa yang membayar maruah dengan nyawa persis kisah Mashitah ketika dizalimi lantaran mempertahankan aqidahnya. Marwa dan Mashitah adalah dua personaliti contoh yang datang pada era yang berbeza. Mashitah, seorang penyikat rambut anak Firaun yang sanggup dihumban ke dalam kawah yang bergelakgak panas kerana mempertahankan keimanan kepada Allah. Kita bawa kisah Mashitah bersama – sama kisah Marwa.
Antara Maruah Dan Nyawa
8 Rejab 1430 Hijri berlalu membawa kisah Marwa. Beliau ditikam secara bertubi-tubi diruang mahkamah kota Dresdan, Jerman, ketika memberi keterangan mengenai dirinya diganggu oleh pemuda Jerman yang bernama Alex W. Alex kerap memanggil Marwa dan keluarganya sebagai pengganas oleh sebab pemakaian jilbabnya. Bukan sahaja gangguan melalui kata-kata, Alex W juga pernah menyerang Marwa dan cuba mencabut jilbab yang dipakai oleh Marwa. Marwa yang terasa diganggu membuat tindakan undang-undang terhadap Alex. Tanggal 8 Rejab 1430 Hijrah, gugurlah Marwa di pekarangan mahkamah Dresdan. Lebih memilukan lagi, suami beliau, Elwi yang cuba membantu beliau, ditembak oleh pegawai penguasa dikaki. Pihak mahkamah mengatakan dengan mudahnya, kesilapan ketika tembakan dilakukan. SubhanaAllah.
Kejadian ini berlaku di dalam tahun 1430 hijrah (1 Julai 2009). Kisahnya terlalu dekat dihati kita, meskipun sedikit sekali media massa menyebut kisah syahidnya Marwa ketika mempertahankan maruahnya sebagai Muslimah. Disaat negara kita, pemimpin-pemimpin wanita sibuk menyuarakan kesamarataan gender. Sedangkan nilai-nilai Islam khususnya jatidiri seorang muslimah kerap dilupakan. Marwa dan Mashitah mempertahankan keimanan mereka kepada Allah, masih adakah lagi muslimah seperti Marwa di zaman penghujung dunia ini? Ayuh Muslimah, berhijrahlah!
Padang : Ibarat Kiamat kecil.
Apabila kami kehendaki akan membinasakan suatu negeri, (lebih dahulu) kami perintahkan orang yang hidup mewah (supaya taat kepada Allah), tetapi mereka fasik (derhaka), sebab itu, berhaklah mereka ditimpa seksaan, lalu kami binasakan negeri mereka sebinasa binasanya.
10 Syawal 1430 Hijrah, Jam 17:16.
7.9 skala richter. Skala kemusnahan sebahagian Kota Padang. Ibarat kiamat kecil, begitulah yang dirasakan oleh sebahagian masyarakat Padang. Penduduknya dihuni oleh majoriti kaum Minangkabau. Sahabat saya yang berkerja sebagai buruh yang juga telah mendapat taraf warganegara disini mengatakan, sudah kerap gempa berlaku di Padang. Katanya, selepas kejadian gempa baru – baru ini berlaku, rumah kakaknya retak habis. Mujurlah tiada apa-apa yang berlaku dikalangan ahli keluarganya yang masih menetap di sana. Masyarakat Padang dimaklumkan sudah jauh terpesong dengan pengamalan sirik, menelek nasib, perjudian dan aktiviti pelacuran. Dia memaklumkan bahawa, kejadian gempa kali ini lebih teruk berbanding yang pernah berlaku sebelum ini.
Tiga buah kampung yang hilang ditelan bumi bersama penghuni-penghuninya. Bukanlah nak tunding jari bahawa semua masyarakat di kota Padang terpesong daripada budaya Islam. Di Malaysia juga begitu, tetapi ianya sebagai amaran buat kita di Malaysia yang masih belum ditunjukkan oleh Allah kejadian seperti itu disini. Rasulullah pernah bersabda, antara maksud lainnya ialah, tidak kira, orang baik atau orang yang tidak, bala Allah tetap diputuskan berlaku sekiranya golongan yang membelakangi Islam lebih banyak daripada orang baik disuatu kawasan itu.
Kejadian itu berlaku di dalam tahun 1430 Hijrah. Bersebelahan pula di negara kita. Tatkala di negara kita berlakunya gejala murtad, zina, pembuangan anak, nabi palsu, hiburan melampau, syirik dan perjudian berlelualasa. Pelbagai dosa membelenggu umat Islam di Malaysia. Tidakkah kita takut? Atau biarkan sahaja kejadian itu tanpa melakukan transformasi rohani? Ayuh muslimin dan muslimat, berhijrahlah!
Hayatilah : Pesanan Terakhir Rasulullah
Hayatilah : Pesanan Terakhir Rasulullah
Oleh : nurtaufiq
Gambar : Flickr.com
Pemimpin profesional. Begitulah sifat besar yang merangkumi akhlak dan kepimpinan Rasulullah S.a.w. Seorang yang amat kita cintai. Seorang pemimpin yang disanjungi, meskipun baginda tidak mengingini sebarang sanjungan. Seluruh hidup baginda hanya untuk membawa transformasi daripada dunia penuh dengan kegelapan kepada cahaya yang terang benderangnya melangkaui batasan kehidupan dunia. Di akhir hayat Rasulullah, baginda telah menyampaikan amanat terakhir. Ketika itu Rasulullah mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijrah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin. Diantara isi dari khutbah terakhir Rasulullah itu ialah :
Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan Read the rest of this entry
Rangkaian Hikmah
Rangkaian Hikmah
Oleh : nurtaufiq
I
Musnahkan materi yang membelenggu hidupmu, kamu akan menjadi seorang yang gagah.
Ingatlah, takkan berterusan mendung yang menjengah hidupmu.
Begitu jua takkan berterusan sinar suria menceriakanmu.
Inilah kehidupan dunia.
Ruang pentas dunia ini terlalu kecil dan terlalu rendah nilainya untuk dibanggai.
Sedangkan seisi dunia adalah ujian bagimu,
agar kembalinya kamu seperti kamu datang ke mari.
II
Lihatlah di sekelilingmu, apa yang semalam ada, tetapi hari ini tiada?
Berapa banyak tenaga telah kau usahakan, tetapi untuk apa?
Sedangkan tenaga akan lenyap di hujung nyawa.
Banyak wang dan perhiasan telah kau kumpulkan, tetapi untuk siapa?
Sedangkan wang, perhiasan & nyawa takkan pernah menjadi hak milik mutlak dirimu.
Apabila kamu tiada, tinggallah harta, hilanglah nyawa.
Andainya, segala untuk Tuhanmu Yang Esa,
Bertuahlah kamu kerna dihampirkan Syurga dan seisinya.
III
Pandanglah ke langit tempat dirimu berteduh,
Kerana kamu pasti tidak akan melihatnya lagi,
tahun demi tahun, bulan demi bulan, hari demi hari,
umurmu semakin singkat bukan semakin meningkat.
Sujudlah sebagai tanda kamu bersyukur,
Lantaran nikmat udara yang masih kau hirup,
lantaran neuron otakmu masih melengkapi hidupmu,
untuk kau terus berbakti, bersyukur, bersyukur dan bersyukur lagi.



