Apabila Dosa Menjadi Biasa
Apabila Dosa Menjadi Biasa
Oleh : http://nurthauffiq.blogspot.com
Apabila budaya barat diikuti...
Persoalan arak. Apabila yang haram dibiarkan sahaja.
Persoalan hudud. Apabila yang halal pula dipermainkan.
ILMU PENCETUS KEBAIKKAN
LANGKAH AWAL
Langkah kerajaan untuk menaik taraf Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) setaraf dengan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) wajar dipuji. Ianya dilihat sebagai langkah positif kerajaan untuk menghidupkan kembali institusi agama ini. Langkah PAS untuk memartabatkan hukum hudud juga adalah suatu langkah yang positif dan wajib diperjuangkan. Alhamdulillah, sekurang – kurangnya ianya suatu cadangan yang positif dan perlu dilihat secara positif.
PERLAKSANAAN PERLU SECARA BERPERINGKAT
Antaranya ialah :
- Menaiktaraf sekolah – sekolah agama kerajaan dan sekolah – sekolah agama pondok daripada segi prasarana, sukatan pelajaran dsb.
- Menaiktaraf tenaga pengajar sekolah agama/pondok tersebut sehingga sebaris dengan guru – guru sekolah kebangsaan.
- Sekiranya perlu, kerajaan persekutuan mengambil alih peranan kerajaan negeri di dalam mentadbir dan mengurus sekolah agama/pondok negeri.
- Menyerlahkan fungsi masjid sebagai institusi ilmu dan agama.
- Melaksanakan kem bina insan seumpama PLKN yang sepenuhnya mengamalkan prinsip Islam (tiada percampuran Lelaki&perempuan, pengisian mirip prinsip sekolah pondok)
Begitu juga dengan langkah PAS untuk memertabatkan hukum hudud perlulah secara berperingkat iaitu bermula dengan pendedahan ilmu hukum islam secara lebih berkesan kepada masyarakat islam dan bukan islam. Pastinya ia bukanlah mengambil masa yang pendek. Ianya memerlukan komitmen kerajaan persekutuan di dalam perlaksanaanya. Antara langkah awal pendedahan ilmu tersebut ialah :
- Mewajibkan subjek undang – undang islam di dalam sukatan pendidikan sedia ada sekarang samada kepada muslim dan juga yang bukan islam
- Memperbanyakkan sesi dialog atau seminar terbuka yang membincangkan mengenai hukum Islam, peranan dan halatujunya.
- Melaksanakan undang – undang islam secara berperingkat bermula dengan prinsip takzir, qisas dan kemudianya hudud. Perlaksanaan hukum hudud juga perlu berperingkat bermula hukuman jenayah sebatan (arak dsb) sehinggala perlaksanaan secara total.
ULAMA DAN UMARA’ PERLU BERSATU
Lupakan soal politik. Ini bukan persoalan politik tetapi soal pembangunan ummah dan pembangunan tamadun.
Kita percaya dengan kemampuan golongan pemimpin dan cendikiawan agama yang terdapat di negara kita mampu menjadikan perlaksanaan undang – undang Islam suatu realiti. Hanya dengan suatu syarat yang mampu mengengkang dosa menjadi kebiasaan. Pemimpin Islam dan cendikiawan perlu bersatu. Bersatu bukan kerana bangsa, tetapi kerana agama Islam kerana, ia menunjukkan kecintaan kepada agama. Kecintaan kepada agama bererti kecintaan pada Allah SWT.
Kesimpulannya, jika tidak kita umat Islam sendiri, siapa lagi yang hendak menjulang agama Islam??
Tepuk dada, tanyalah Iman.
Renungkanlah.
Renung2Kan.